Kenapa.

*KENAPA PENGURUSAN BENCANA NEGERI LAIN OK, KENAPA SELANGOR TAK OK?*

Beberapa hari lalu Selangor berhadapan dengan bencana banjir YANG TIDAK DISANGKA-SANGKA berlaku. Shah Alam, Klang, Hulu Langat, dan Puchong adalah antara kawasan yang paling teruk dilanda banjir hingga menyebabkan kemalangan jiwa dilaporkan.

Disebabkan keadaan yang berlaku di Selangor tersebut telah menyebabkan ribuan rakyat telah terkesan, maka _drama_ tuding menuding ke kerajaan persekutuan mula lah dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab. Ada yang kata kerajaan tak buat kerja, kerajaan wayang je turun di pusat penempatan banjir ambil gambar, lambai-lambai tangan, kerajaan lembap DAN PELBAGAI LAGI TOHMAHAN YANG DILEMPARKAN KEPADA KERAJAAN PUSAT. Walhal, IA BUKANLAH 100% DIATAS TANGGUNGJAWAB DAN BAHU KERAJAAN PUSAT. Ia adalah TANGGUNGJAWAB KERAJAAN NEGERI. Mengapa?

1. Jawatankuasa Bencana Negeri

Di setiap negeri, ada unit atau jawatankuasa pengurusan bencana. YAKNI UNIT INI BERTANGGUNGJAWAB UNTUK SEGALA KESIAP SIAGAAN SEBARANG KEMUNGKINAN BENCANA ATAU KEADAAN LUAR JANGKA YANG BERLAKU DI NEGERI TERSEBUT. Jawatankuasa ini adalah dibawah Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. So, al-kisahnya kalau cerita negeri Selangor ini, ia adalah dibawah Pejabat SUK Selangor. Di pendekkan cerita, KEPALA UTAMA ATAU LEBIH MUDAH BOS BESAR bagi unit ini adalah MENTERI BESAR SELANGOR. Maka, Menteri Besar ini lah yang bertanggungjawab untuk mengaktifkan ARAHAN 20 PENGURUSAN BENCANA NEGARA. Tapi apa si Amiruddin ni buat? Siapa Pengerusi Pengurusan Bencana Negeri? AMIRUDDIN la sebab dia MB Selangor.

Boleh rujuk Perkara 8 dan Lampiran E
https://www.ump.edu.my/doc/arahan-mkn-no.20-semakan-semula-09_02_2013.pdf

2. Pemisahan kuasa diantara kerajaan negeri dan kerajaan pusat

Ramai yang aku tengok bash kaw-kaw kerajaan pusat sebab lembap, lambat respond, takda tindakan dan sebagainya. Walhal RAPID RESPOND TEAM yang bertanggungjawab untuk menguruskan bencana PALING AWAL ADALAH KERAJAAN NEGERI. Kau (MB Selangor) jaga negeri Selangor, sepatutnya MB Selangor ini yang paling pantas buat tindakan. Kemudian sekarang ini, katanya kerajaan Selangor nak blame kerajaan pusat pulak ye? Sedangkan sudah terang lagi bersuluh AMIRUDDIN SHAARI GAGAL UNTUK URUSKAN BENCANA NEGERI. MB SELANGOR GAGAL KOORDINASI PENGURUSAN BENCANA NEGERI. Sudah tertulis di dalam pembahagian kuasa antara persekutuan dan negeri, JENTERA KERAJAAN NEGERI ADALAH TERTAKLUK DIBAWAH KUASA KERAJAAN NEGERI DAN BUKAN KERAJAAN PERSEKUTUAN. Ini bukan setakat kat Tingkatan 5 dah belajar, tingkatan 6 pun belajar soal senarai negeri dan senarai persekutuan ini. Tak tahu lah kalau Amiruddin tak sekolah kat Malaysia mungkin sebab itu dia buta kayu soal bidang kuasa negeri dan bidang kuasa persekutuan.


3. Notis Pejabat SUK berkenaan amaran bencana

Notis telah dikeluarkan oleh pejabat SUK pada pertengahan November 2021. Sekadar notis sahaja ke dikeluarkan? Koordinasi dari peringkat pejabat SUK hingga ke pejabat daerah takda ke? Memo dalaman takda ke? Mengharap pejabat-pejabat daerah baca kat Facebook? Kalau macam tu, tak perlu lah buat bajet ribu riban untuk keperluan peralatan pejabat kalau kertas memo tak boleh nak edarkan. KERAJAAN SELANGOR GAGAL 100% dalam mengkoordinasikan jentera dan mengurus bencana di Selangor. Amiruddin buat apa? Bau air banjir pulak ke? Bila rakyat dah mengamuk baru kau nak turun dengan baju celoreng bagai nak bantu mangsa banjir?? MB SELANGOR SEPATUTNYA COORDINATE DAN MENURUNKAN ARAHAN PENGURUSAN BENCANA. THE POWER IS IN YOUR HANDS BUT YOU FAILED TO DO IT! MB Selangor GAGAL!

_SIARAN MEDIA PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM MONSUN TIMUR LAUT BAGI SEMUA DAERAH DI NEGERI SELANGOR_
https://www.facebook.com/pejabatsukselangor/posts/431577041683544

Oleh itu, aku nak timbulkan semula persoalaan yang mula tadi. Mengapa negeri-negeri lain boleh menguruskan bencana dengan koordinasi yang tersusun dan penuh dengan kesiapsiagaan TETAPI MENGAPA SELANGOR GAGAL URUS KOORDINASI PENGURUSAN BENCANA? Kerana Selangor ada MB yang tak reti buat kerja. MB SELANGOR GAGAL!

*RAKYAT SELANGOR YANG MUAK DENGAN MB SELANGOR*
Kuala Kubu Bharu